Masjid Al-Mukminin (Jambu Merah), Melor Kelantan

Masjid yang ditubuhkan pada tahun 1953 ini berpusat di Mukim Jambu Merah, Melor, Kelantan. Mampu menampung seluas 500 ++ jemaah, serta ada tanah perkuburan di tepi masjid.

Sebelum masjid, asalnya surau kayu utk sembahyang fardu lima waktu dan solat jumaat. Dibangunkan oleh Allahyarham Haji Mohd Noor, imam surau berkenaan yg juga bapa mertua Haji Zakaria Yaacob. Tapak masjid dan kubur bersebelahannya diwakafkan oleh Haji Zakaria kpd Majlis Agama Islam Kelantan.

Masjid Al-Mukminin yang dahulunya dikenali sebagai Masjid Jambu Merah ini dibangunkan pada tahun 1953. Masjid ini telah dibangunkan oleh Allahyarham Haji Zakaria bin Yaacob yang telah bersusah payah mengutip dana dari hampir seluruh Malaysia.

Tambah baik dari surau binaan kayu kpd masjid konkrit turut mendapat sumbangan Jemaah Masjid dan masyarakat setempat. Haji Zakaria juga turut menghantar surat melalui pejabat pos memaklumkan pembinaan masjid ini kepada pelbagai organisasi (yg tersenarai dlm buku panduan telefon Yellow Pages keluaran Telekom Malaysia.

Hasilnya sejumlah Wang sumbangan diterima drpd seluruh negara. Allahyarham Haji Zakaria Yaacob merupakan bekas imam di Masjid Jambu Merah.


Borang Infaq

+60
RM
RM
powered by